Tuesday, December 1, 2009

Menikam

Seorang lelaki tua telah menyaksikan seorang pelakon lelaki membunuh seorang pelakon wanita. Lelaki tua itu telah membuat aduan kpd pihak polis. Kes itu dibicarakan di mahkamah keesokan harinya:

Hakim: Adakah benar lelaki ini telah membunuh seorang wanita? (sambil menunjuk ke arah pelakon lelaki itu)

Lelaki tua: Ya, benar. (mengangguk)

Hakim: Bagaimana dia membunuh wanita itu?

Lelaki tua: Dia telah menikam wanita itu di bahagian perut sehingga darah wanita itu tersembur.

Hakim: Di mana pak cik melihat pembunuhan itu berlaku? Bila ia berlaku?

Lelaki tua: Ia berlaku lewat tengah malam semalam. Saya melihatnya di televisyen.

Hakim itu terus bertukar menjadi The Rock lalu men-smack down lelaki tua itu kerana telah membazirkan masanya.

No comments:

Post a Comment

Anda rasa blog ni best? Rate