Friday, October 23, 2009

Selam

Suatu hari ada seorang penyelam sedang menyelam di dalam lautan.Dia menyelam dalam kedalam 20 kaki bawah paras air.Sedang die menikmati permandangan di dalam lautan tersebut, die terserempak dengan seorang lelaki berenang pada kedalaman yang sama dengan nya.Yang peliknya beliau langsung tidak mempunyai kelengkapan menyelam.

Penyelam tersebut menyelam ke dalam 10 kaki lagi dan lelaki tersebut mengikuti nya seminit kemudian.Kemudian penyelam itu menyelam sedalam 15 kaki pula dan seminit kemudian lelaki tersebut pun muncul.Penyelam itu mengeluarkan papan kapur kalis air dan menulis kepada lelaki tersebut bagaimana anda menyelam tanpa kelengkapan oksigen??Dan lelaki tersebut memadam apa yang penyelam itu tulis lalu menulis "aku lemas la bongok!!!"

Sakit Kepala

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja? Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat! kata bos.

Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga, terang Semaun. Betul ke? Kalau macam tu, jom kita pergi jumpa isteri engkau sekarang jugak!!!

Joran

Pada suatu hari, adalah sorang bapak tu bawak anak dia gi memancing kat tengah laut dengan menaiki sampan.Bapak dia bawak satu joran je pasal anak dia memang tak pernah turun ke laut mancing. Nak dijadikan cerita, sampan yang diorang naik tu dipukul ombak lalu terbalik. Bapak tu memang terrer berenang, jadi sewaktu nak selamatkan diri, dia ternampak joran dan anak dia yang dah pengsan hampir-hampir tenggelam ke dasar laut.

Tanpa berfikir panjang, dia mencapai joran dia lalu berenang ke tepi pantai dan membiarkan anaknya keseorangan terus tenggelam. Orang ramai di tepi pantai yang menyaksikan kejadian itu memarahinya, Sanggup kau selamatkan joran kau dan biarkan anak kau terus tenggelam? Apa punya jenis bapak kau ni?Dengan selamba dia menjawab,Joran ni kalau tenggelam dia takkan timbul lagi dah. Anak aku tu, lepas dua atau tiga hari timbul ah dia.

Kaki

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan, sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.Ujian kali ini sungguh susah.Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah.Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun pun yang boleh menjawab soalan ujian.

Seorang mahasiswa yang amat kecewa memutuskan untuk keluar dari dewan Ujian, dia menghempas daun pintu dengan kuat.Dummmm!!!! Melihat keadaan itu, pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye? Siapa nama kau!!! Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata: Nie kaki saya, Cuba encik teka!! siapa nama saya?

Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar.
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.
Budin: Panggil dia jap! herdik Budin dengan nada yang tinggi.
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.

Bunuh

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikanisteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuanyang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama sepertipengantin baru yang lain.Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pensyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuhkan abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala samaseperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami"yerr kerr.

Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utukbunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuhsyaitan... bang".

Si suami tersenyum panjang. Selang dua harikemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata :
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Kerusi

Dalam satu kempen perancangan keluarga disalah satu kawasan pendalaman, pegawai yang terlatih telah ditugaskan untuk berbincang dengan penduduk disitu tentang cara yang mereka gunakan untuk menjarakkan atau mencegah kehamilan mereka. Pegawai tersebut cuba bertanyakan soalan kepada setiap ibu-ibu yang hadir.

Pegawai : Puan Lijah gunakan apa ?
Puan Lijah : saya menggunakan teknologi IUD.
Pegawai : Bagus tu, teknologi terkini. Puan Peah pula?
Puan Peah : Pakai susuk.
Pegawai :Ermmmm... Cara turun temurun. Puan Limah pula?
Puan Limah :Saya cuma makan pil sahaja
Pegawai : Ok. Puan Melah?
Puan Melah : Gunakan suntikan.
Pegawai :Ok, Puan Bedah?
Puan Bedah : Gunakan Kerusi ! !
Pegawai : Maafkan saya, Puan Bedah gunakan apa ?
Puan Bedah : Guna KERUSI ! ! !
Pegawai : Bagaimanakah caranya, saya belum pernah dengar lagi?
Puan Bedah : Suami saya suka lakukan hubungan kelamin sambil berdiri. Oleh kerana dia lebih pendek dari saya, maka dia mesti memanjat dan berdiri diatas kerusi. Ketika suami saya sudah berdehem-dehem dan merenggus untuk injuksi, saya tendang saja kerusinya !

Anda rasa blog ni best? Rate