Thursday, December 3, 2009

Basikal

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah.
Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya
seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya
yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu
Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.

"Woiiii Man, apa sebab >kau berhenti ni hah"

"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.
Takkan nak kayuh jugak."

No comments:

Post a Comment

Anda rasa blog ni best? Rate