Thursday, December 24, 2009

Janet

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai
ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan
meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.

Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan
mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran
yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan
untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan
mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di
rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan
hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada
sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi,
Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama
John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih
selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh
tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam
untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin
berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah
si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet
pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan
ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti
pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah
John,dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak
pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang
kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa
berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang
terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but ku."
John buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...



"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau
on the spot."

Akekekek...apa yg engkorang pikir haaa?

No comments:

Post a Comment

Anda rasa blog ni best? Rate