Wednesday, March 31, 2010

Bau

Sepasang kekasih merancang untuk berkahwin. Semakin hari istimewa itu bertambah dekat, kedua-duanya semakin risau. Suatu hari, si lelaki meminta nasihat daripada ayahnya tentang masalahnya. "Ayah, saya risaukan perkahwinan saya. Saya sayang Tijah, tapi saya ada masalah. Kaki saya ni busuk sangat. Saya takut masalah ini akan menghancurkan perkahwinan kami." kata lelaki yang bernama Man itu. "Jangan risau. Apa yang perlu Man buat ialah cuci kaki bersih2 dan pakai stoking sebelum tidur." jawab si bapa. Tanpa diketahui oleh Man, rupa-rupanya Tijah pun ada masalah juga. Tijah mengadu kepada ibunya. "Mak, bila Tijah bangun dari tidur mulut Tijah berbau busuk. Macam mana mak? Tijah takut masalah ini akan menyebabkan Abang Man marah dan akhirnya kami bercerai." "Jangan risau, Tijah.Semua orang mulutnya berbau bila bangun dari tidur. Cuba Tijah buat macam ni. Bangun saja dari tidur, Tijah terus pergi bilik air dan berus gigi. Jangan cakap sepatah pun sebelum Tijah berus gigi. Ingat pesan mak tu tau!!" jawab ibunya. seminggu kemudian Man dan Tijah pun berkahwinlah. Man dan Tijah sentiasa ingat pesan ibu dan ayah masing2. Semuanya nampak berjalan dengan lancar hinggalah pada suatu pagi enam bulan kemudian. Pagi itu, sebaik terjaga dari tidur Man mendapati sebelah stokingnya hilang. Man terfikir mungkin malam tadi dia terlupa memakainya semula selepas menggaru kakinya yang digigit nyamuk. Man pun mencari-cari di sekeliling katil. Sambil mencari, hidung Man kembang kuncup sebab bau hapak mula meruap dari kakinya. Tindakan menyelak-nyelak cadar, selimut dan bantal itu telah mengejutkan Tijah. Tijah terjaga dan dengan panik dia terus bertanya, "Apa yang abang buat pagi-pagi buta ni?" Man terkejut dan terhidu bau busuk keluar dari mulut Tijah. Dia memandang mulut Tijah dan berkata, "Alamak! Kenapa awak makan stoking saya!"

No comments:

Post a Comment

Anda rasa blog ni best? Rate