Friday, January 8, 2010

Abu

Abu Jahal adalah seorang yang sangat kaya, beliau mempunyai perusahaan yang sangat besar. Tapi malangnya beliau tak begitu fasih Bahasa Inggeris kerana PPSMI telah dibatalkan.

Pada satu hari beliau berasa tak sedap badan. Terasa macam ada satu perkara buruk akan berlaku padanya. Maka, beliau pergilah berjumpa dengan seorang tukang tilik bernama Abu Lahab.

Abu lahab pun menilik tangan Abu Jahal, kalau mengikut tapak tangan kiri tuan, tuan boleh hidup lebih kurang 20 tahun lagi, tetapi kalau ikut tapak tangan kanan tuan, tuan cuma boleh hidup dalam seminggu sahaja lagi.

Pelik juga, macam boleh jadi macam tu? Tanya Abu Jahal.

Tuan ni kidal ke? Biasanya orang kidal memang macam ni..jawab AbuLahab.

Memang saya kidal, boleh ke saudara tolong saya, kalau dapat dipanjangkan umur mengikut tapak tangan kanan saya Abu Jahal pula meminta tolong.

Oklah, kalau macam tu, tuan salin apa yang saya tulis ni, tetapi tuan kena tulis dengan tangan kanan arah Abu Lahab.

Oleh kerana Abu Lahabtulis dalam bahasa inggeris, Abu Jahal hanya menyalin sahaja ayat-ayat tersebut tanpa sebarang persoalan. Selepas habis Abu Lahab pun menyimpan sahaja surat tersebut dalam peti besinya.

Maka, selepas seminggu matilah Abu Jahal akibat serangan jantung. Nak tau isi kandungan surat tersebut. Setelah diterjemahkan, begini lah maksud surat tersebut:

Tarikh: 20/12/2009

Kepada sesiapa yang berkenaan.

Adalah dimaklumkan saya Abu Jahal, mewasiatkan segala harta dan perniagaan saya kepada Abu Lahab.

Sekian. Terima Kasih

Abu Jahal.

No comments:

Post a Comment

Anda rasa blog ni best? Rate